REAL WORLD

EXPLORING SCIENCE, THE STRANGE, THE UNKNOWN AND THE MYSTIQUE

Dipaksa Makan Getah Sekerap

Inilah padahnya akibat mencuri. Kejadian ni berlaku di pantai timur tak salah aku. Habis di belasah dan lagi kesian, kene plak makan getah sekerap yang tak berapa enak baunya. Air dengan lendir getah tu dapat hilangkan tanda-tanda penuaan tu. Aku dapat rasa bagaimana perasaan orang yang memukul budak dua ekor yang kantoi mencuri ni. Marah dan geram yang tak terhingga bercampur perasaan gembira sikit lepas berjaya menangkap pencuri ni.

Dulu aku pun pernah menoreh getah di kampung halamanku, Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan. Dua tahun aku menoreh kat sane dan baru dua bulan aku berhenti sebelum kerja di KFC. Pernah dulu getah sekerap aku dicuri orang. Terduduk aku kat situ jugak sambil menyumpah-nyumpah tak dapat terima hakikat. Gile penat menoreh,dengan senangnye orang lain ambil hasil titik peluh aku. Anggaran kerugian aku pada mase tu lebih kurang RM200 Dan bagi aku, itu agak banyak. Aku syak budak-budak penagih sebab diorang selalu melintas di kawasan kebun aku.

Pernah jugak ade budak kene tangkap disini. Nasib baik setakat makan pelempang dan suruh ganti. Kira baik lagi orang kat tempat aku. Hu..Mashuk betul noreh getah ni. Kerja 4jam sehari tapi purata gaji sebulan lbih kurang RM1500 dan keatas (kalau harga mahal la). Tapi kalau pokok tak kuarkan banyak hasil atau time hujan, susah sikit la. Masa terdesak kalau harga tengah murah melarat jugak hidup. Tapi dapat jugak keja kat bandar company insurans. Hehe rezeki.

Okaylah…jom tengok dua orang budak yang dah kantoi curi sekerap!!












0 comments:

Post a Comment

Leave Comments Here